Isnin, 3 Januari 2011

Hari Pertama

Ahamdulillah, hari ini adalah hari pertama musim persekolahan 2011. MRSM Pontian  memulakan sesi persekolahan tahun 2011 dengan perhimpunan di Surau Sekolah dengan bacaan Yasin, Solat Duha, Solat Hajat dan diakhiri dengan tazkirah daripada penceramah jemputan yang menceritakan adab-adab belajar dan pelbagai nasihat sebagai panduan kepada pelajar dalam proses menuntut ilmu mencari keredaan Allah. Seawal 7.15 pagi semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 telah siap berkumpul menu8nggu ketibaan Pengetua, guru-guru dan Penceramah Jemputan yang akan meminpin Solat Duha, Solat Hajat dan Bacaan Surah Yassin. Program ini berakhir pada pukul 10.00 pagi.

 Selepas rehat pelajar Tingkatan 3 dan 5 dikumpulkan pula di Bilik Seminar untuk sesi bersama dengan Pengetua sementara pelajar Tingkatan 2 dikendalikan oleh Kaunselor Pelajar. Pada sebelah petang selepas menikmati makan tengah hari dan solat Zohor pelajar dikumpulkan pula mengikut Homerooom  dengan kelolaan guru penasihat homeroom masing-masing. Program ini amat bermakna di mana pelajar akan berkongsi maklumat (sharing) dalam pelbagai masalah yang timbul. Seterusnya sesi pengedaran buku teks diuruskan pula oleh TPHEP.

 Pada sebelah malam selepas Isya pelajar diberikan taklimat oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan dikiuti pula taklimat daripada Timbalan Pengetua Kokurikulum. TPHEA mengingatkan pelajar tentang wisi dan misi, target dan tips pembelajaran sementara TP Kokurikulum pula memberi taklimat tentang aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2011. Kesemua aktiviti yang yang dijalankan ini adalah diantara daripada program re-orentasi di mana para pelajar diingatkan semula tentang peranan dan kedudukan mereka sebagai seorang pelajar di dalam Instistusi Sekolah Berasrama Penuh. Sebelum itu pada sebelah malam semalam selepas pendaftaran kemasukan ke asrama, pelajar telah mendengar taklimat darpada Ketua Guru Asrama dan Timbalan Hal Ehwal Pelajar. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan akan menjadikan pelajar berada di dalam landasan yang betul. Besok pagi dan seterusnya akan bermulalah sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik-bilik kelas masing-masing.

Tiada ulasan: