Selasa, 28 Jun 2011

Hari Koperasi Sekolah



27062011

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) anjuran ANGKASA telah diperkenalan  pada tahn 1995 namun pada tahun 2006, sedikit perubahan format penganjuran Sambutan HKS telah berlaku apabila HKS telah dianjurkan sendiri Koperasi Sekolah masing-masing. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Pada 27 Jun 2011, Koperasi MRSM Pontian Berhad telah mengadakan Sambutan HKS bertempat di Dewan Besar MRSM dengan dirasmikan oleh Pengetua MRSM Pontian dengan di hadiri oleh semua warga MRSM Pontian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada Sambutan HKS kali ini ialah Jualan Buku di Foyer Maktab, Pertandingan Petange, Penanaman Pokok dan sebagainyan.
Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua
Nyanyian Lagu Semangat koperasi
Sebahagian anggota Koperasi MRSM Pontian Bhd



Pemberian hadiah

Upacara Merasnmikan Tapak Wakaf sumbangan Koperasi

Tanaman    Rambutan Anak sekolah
Jualan Buku