Selasa, 28 Jun 2011

Hari Koperasi Sekolah



27062011

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) anjuran ANGKASA telah diperkenalan  pada tahn 1995 namun pada tahun 2006, sedikit perubahan format penganjuran Sambutan HKS telah berlaku apabila HKS telah dianjurkan sendiri Koperasi Sekolah masing-masing. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Pada 27 Jun 2011, Koperasi MRSM Pontian Berhad telah mengadakan Sambutan HKS bertempat di Dewan Besar MRSM dengan dirasmikan oleh Pengetua MRSM Pontian dengan di hadiri oleh semua warga MRSM Pontian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada Sambutan HKS kali ini ialah Jualan Buku di Foyer Maktab, Pertandingan Petange, Penanaman Pokok dan sebagainyan.
Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua
Nyanyian Lagu Semangat koperasi
Sebahagian anggota Koperasi MRSM Pontian Bhd



Pemberian hadiah

Upacara Merasnmikan Tapak Wakaf sumbangan Koperasi

Tanaman    Rambutan Anak sekolah
Jualan Buku

Khamis, 19 Mei 2011

Peperiksaan

Mulai 19 Mei 2011, Semua pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5 menduduki peperiksaan Semester 1 2011. Peperiksaan ini akan berakhir pada 26 Mei 2011. Pelajar Tingkatan 1 tidak mengambil peperiksaan kerana terlibat dalam Program Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT1).
Pelajar Form 5 mengambil peperiksaan di Dewan Besar
Posing yer
Doa di bacakan
sudah bermula
Kyusuk menjawab yer

Pelajar ting 2,3 dan 4 menjawab di kelas masing-masing

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

16Mei 2011

Guru Penjana Transformasi Negara



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 
Selamat Hari Guru kepada semnua guru MRSM Pontian. Semoga bakti yang dicurahkan membimbing anak bangsa akan diberkati oleh ALLAH SWT.

Selasa, 26 April 2011

Pada 16 - 18 April 2011, MRSM Pontian telahmenjadi hos kepada MINGGU BAHASA MRSM Zon Selatan. Program ini disertai oleh 12 buah MRSM yang terdiri daripada:

1. MRSM Alor gajah
2. MRSM Terendak
3. MRSM Tun Ghafar Babab
4. MRSM Nuadzah shah
5. MRSM Muar
6. MRSM Batu pahat
7. MRSM Mersing
8. MRSM Mukah
9. MRSM Betong
10. MRSM Kuching
11. MRSM Gemenceh dan
12. MRSM PONTIAN selaku tuan rumah.

Seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga 5 telah menyertai pertandingan yang terdiri daripada dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti yang dipaparkan di bawah ini. Pertandingan juga dibahagikan kepada Kategori Menengah Rendah (Ting. 1-3) dan Menengah Atas (Ting 4-5). Hakim-hakim pertandingan adalah terdiri daripada guru-guru daripada Sekolah kementerian di daerah Pontian. Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Ahmad bin Sokirin, Pengarah MARA Negeri Johor pada 18 April 2011 di Dewan Besar MRSM Pontian. Tema Minnggu Bahasa kali ini ialah Bahasa Lestari Bangsa Bestari.

Berikut ialah keputusan rasmi pertandingan:


KATEGORI BAHASA INGGERIS

1. PUBLIC SPEAKING OPEN :

JOHAN : YASMIN AHMAD ARIFFIN –MRSM MERSING

NAIB JOHAN: DALILA HUSNA MOHD SOFIE –MRSM TUN GHAFAR BABA



2. PUBLIC SPEAKING – LOWER SECONDARY (B0Y)

JOHAN : MUHAMMAD HAZWAN B KUSNI-MRSM BATU PAHAT

NAIB JOHAN:MOHD SYAFIQ B ABD MALIK –MRSM BETONG



3. PUBLIC SPEAKING –LOWER SECONDARY (GIRL)

JOHAN : CHIKIA ESTERNESSA AK EDWIN –MRSM BETONG

NAIB JOHAN: WAN NUR AZHANI SYAMIM BT ABD AZIZ – MRSM TERENDAK



4. STORY TELLING (BOY)

JOHAN :RAJHMUNIRAN A/L KANDASAMY –MRSM GEMENCHEH

NAIB JOHAN: MOHD AMIR ZAHIM B ZAKI –MRSM PONTIAN


5. STORY TELLING ( GIRL)

JOHAN : SABARIAH BT ISMAIL – MRSM MUADZAM SHAH

NAIB JOHAN: PRIYADHARSHINI A/P SEHARAN –MRSM MERSING


6. DRAMAFEST


BEST ACTOR  : JASCHEL ANAK HOLDEN - MRSM KUCHING

BEST ACTRESS  : EZLYN FARDIHA BT ZAINAL BATU PAHAT

BEST DIRECTOR : MUHAMMAD HAFEEZI B RAMLI - MRSM BATU PAHAT

BEST SUPPORTING ACTOR : MC KONSON AK ENTERMANG - MRSM KUCHING

BEST SUPPORTING ACTRESS  : NUR ZAKIRAH  - MRSM KUCHING


BEST DRAMA :  MRSM BATU PAHAT
1st RUNNER UP:  MRSM ALOR GAJAH
BEST COSTUME : MRSM TUN GHAFAR BABA



KATEGORI BAHASA MELAYU


1. PIDATO MEN. ATAS ( LELAKI )

JOHAN : KHAIRUL RIJAL B MOHAMED ZUKI – MRSM TUN GHAFAR BABA

NAIB JOHAN : MUHAMMAD FAUZI B RAZALI – MRSM ALOR GAJAH


2. PIDATO MEN. ATAS ( PEREMPUAN)

JOHAN : NURFITRAH BT RAZALI – MRSM BATU PAHAT

NAIB JOHAN : NURUL IZZAH BT MOHD NOR – MRSM TUN GHAFAR BABA


3. PIDATO MEN .RENDAH (LELAKI)

JOHAN : MOHAMMAD FAUZI BIN AMRIN – MRSM BATU PAHAT

NAIB JOHAN : MOHD IKMAL BIN MD DANURI – MRSM PONTIAN



4. PIDATO MEN.RENDAH (PEREMPUAN )

JOHAN : VERONICA DEMPI – MRSM BETONG

NAIB JOHAN ; NURUL ALIA BT MD SOLEHAN – MRSM BATU PAHAT



5. SYAIR MEN RENDAH (LELAKI)

JOHAN : MUHAMMAD BADRUDDIN B RAHAMAT – MRSM PONTIAN

NAIB JOHAN : NAZRI B MUHAMAD – MRSM BATU PAHAT



6. SYAIR MEN RENDAH (PEREMPUAN )

JOHAN : SYUHADA BT SAMSUDIN- MRSM MERSING

NAIB JOHAN : NURUL FATEHA BT ABD AZIZ – MRSM BATU PAHAT


7. DEKLAMASI SAJAK ( LELAKI)

JOHAN : WAN UBAIDAH AEMIR B ADNAN –  MRSM TUN GHAFAR BABA

NAIB JOHAN : FABIAN DAVIEN NICHOLAS- MRSM MUKAH



8. DEKLAMASI SAJAK ( PEREMPUAN )

JOHAN : HANIS HAZIQAH BINTI MUHAMMAD JAIS - MRSM BATU PAHAT

NAIB JOHAN : NURUL SYAHIRA BT ABD SAMAD- MRSM MUAR



9. FORUM REMAJA


JOHAN : MRSM BATU PAHAT

NAIB JOHAN : MRSM  BETONG

AHLI PENGERUSI  : MRSM BATU PAHAT

PENGERUSI FORUM : MRSM BETONG (AHLI PANEL 1)

Bagi pihak Maktab, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan pengharga kepada Semua AJK yang diketuai oleh Ketua Jabatan Bahasa, Pn. Murni Azila bt Maskijan yang telah berusaha dengan komitmen dan dedikasi menjayakan Minggu Bahasa ini dengan lancar dan sempurna.

Selasa, 4 Januari 2011

Hari Perbincangan Akademik

Mesyuarat Hari Perbincangan Akademik telah selesai dijalankan pada petang 4/01/2011 yang telah dipengerusikan oleh Pengetua MRSM Pontian. Antara keputusan yang telah di capai adalah seperti berikut:

Tarikh Perbincangan : 22 Jan 2011
Tempat : Dewan Besar MRSM Pontian
Masa : 08.30 - 1.00 petang
Sasaran: Semua Pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mendapat Gred C+, C, D dan F    dalam peperiksaaan Semester 2 2010.

Seramai 122 pelajar Tingkatan 4 dan 79 orang pelajar Tingkatan 3 telah dikenal pasti terlibat dalam perbincangan akademik kali ini. Mereka ini mendapat Gred C+ ke bawah dalam subjek-subjek peperiksaaan. Surat panggilan kepada ibu bapa yang terlibat akan di edarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin 10 Jan 2011. Diharap ibu bapa yang terlibat dalam program ini dapat meluangkan masa datang ke MRSM Pontian untuk berjumpa dengan guru-guru subjek membincangkan untuk peingkatan prestasi anak-anak mereka.

Maktab telah menetapkan sasaran   SPM dan PMR dengan pencapaian GPS = 1.00



PMR : Ujian Bertulis ; 4-6 Oktober 2011 & 11 - 12 Oktober 2011 (5 hari)

SPM :  Ujian Bertulis ; 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)

Isnin, 3 Januari 2011

Hari Pertama

Ahamdulillah, hari ini adalah hari pertama musim persekolahan 2011. MRSM Pontian  memulakan sesi persekolahan tahun 2011 dengan perhimpunan di Surau Sekolah dengan bacaan Yasin, Solat Duha, Solat Hajat dan diakhiri dengan tazkirah daripada penceramah jemputan yang menceritakan adab-adab belajar dan pelbagai nasihat sebagai panduan kepada pelajar dalam proses menuntut ilmu mencari keredaan Allah. Seawal 7.15 pagi semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 telah siap berkumpul menu8nggu ketibaan Pengetua, guru-guru dan Penceramah Jemputan yang akan meminpin Solat Duha, Solat Hajat dan Bacaan Surah Yassin. Program ini berakhir pada pukul 10.00 pagi.

 Selepas rehat pelajar Tingkatan 3 dan 5 dikumpulkan pula di Bilik Seminar untuk sesi bersama dengan Pengetua sementara pelajar Tingkatan 2 dikendalikan oleh Kaunselor Pelajar. Pada sebelah petang selepas menikmati makan tengah hari dan solat Zohor pelajar dikumpulkan pula mengikut Homerooom  dengan kelolaan guru penasihat homeroom masing-masing. Program ini amat bermakna di mana pelajar akan berkongsi maklumat (sharing) dalam pelbagai masalah yang timbul. Seterusnya sesi pengedaran buku teks diuruskan pula oleh TPHEP.

 Pada sebelah malam selepas Isya pelajar diberikan taklimat oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan dikiuti pula taklimat daripada Timbalan Pengetua Kokurikulum. TPHEA mengingatkan pelajar tentang wisi dan misi, target dan tips pembelajaran sementara TP Kokurikulum pula memberi taklimat tentang aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2011. Kesemua aktiviti yang yang dijalankan ini adalah diantara daripada program re-orentasi di mana para pelajar diingatkan semula tentang peranan dan kedudukan mereka sebagai seorang pelajar di dalam Instistusi Sekolah Berasrama Penuh. Sebelum itu pada sebelah malam semalam selepas pendaftaran kemasukan ke asrama, pelajar telah mendengar taklimat darpada Ketua Guru Asrama dan Timbalan Hal Ehwal Pelajar. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan akan menjadikan pelajar berada di dalam landasan yang betul. Besok pagi dan seterusnya akan bermulalah sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik-bilik kelas masing-masing.

Khamis, 23 Disember 2010

PMR 2010: Prestasi Meningkat

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya  penantian yang ditunggu tiba jua akhirnya. Keputusan PMR yang diumumkan tadi membuahkan hasil lumayan kepada kami semua. Pencapaian GPS telah meningkat daripada 1.12 pada tahu 2009 kepada 1.08   tahun 2010. Seramai 90 orang pelajar (65.2%) telah mendapat semua A dalam semua subjek yang di ambil. Pihak maktab  mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus dalam menaikan prestasi sekolah terutamanya subjek sains yang meningkat demgam lompatan saujana daripada 78.1% A kepada 95.7% A dalam PMR 2010. 6 orang sahaja pelajar yang mendapat B. Subjek matematik juga meningkat drpd 97.7% A kepada 99.3% A di mana seorang sahaja pelajar medapat B sementara subjek Kemahiran Hidup semua pelajar mendapat A (100% A). Subjek lain yang meningkat ialah Bahasa Inggeris  (84.% A) dan Sejarah 86.2% A. Berlaku sedikit penurunan dalam subjek Pengetahuan Agama Islam (90% A), Bahasa Melayu (94.4% A) dan Geografi 84.8% A). Adalah di harapkan agar prestasi ini akan dipertingkatkan lagi dalam PMR 2011.