Khamis, 19 Mei 2011

Peperiksaan

Mulai 19 Mei 2011, Semua pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5 menduduki peperiksaan Semester 1 2011. Peperiksaan ini akan berakhir pada 26 Mei 2011. Pelajar Tingkatan 1 tidak mengambil peperiksaan kerana terlibat dalam Program Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT1).
Pelajar Form 5 mengambil peperiksaan di Dewan Besar
Posing yer
Doa di bacakan
sudah bermula
Kyusuk menjawab yer

Pelajar ting 2,3 dan 4 menjawab di kelas masing-masing

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

16Mei 2011

Guru Penjana Transformasi Negara



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 
Selamat Hari Guru kepada semnua guru MRSM Pontian. Semoga bakti yang dicurahkan membimbing anak bangsa akan diberkati oleh ALLAH SWT.