Jumaat, 29 Januari 2010

Majlis Perbincangan Akademik (Perlaksanaan)

290110 : Alhamdulillah. Majlis Perbincangan Akademik anatara guru penasihat Homeroom dengan ibu bapa pelajar MRSM Pontian telah selamat disemprnakan. Seramai 75%  ibu bapa pelajar telah datang ke majlis perbincangan tersebut. Semoga majlis ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah dalam usaha maktab mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.


Pendaftaran
Pendaftaran
Ibu bapa masuk ke dalam Dewan
Menunggu giliran
Menunggu giliran
Konsultasi sedang berjalan
Besok adik-adik kami ni masuk MRSM juga!!!

Khamis, 28 Januari 2010

Hari Perbincangan Akademik (Persediaan Dewan)

Hari perbincangan Akademik MRSM Pontian akan di adakan pada 29 Januari 2010 bertempat di Dewan Besar MRSM Pontian. Majlis akan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengh hari. pada tahun ini seramai 128 orang pelajar Tingkatan 5 dan 78 orang pelajar Tingkatan 3 terlibat dalam majlis tersebut. Semua ibu bapa pelajar terlibat yang telah dijemput meluangkan masa berjumpa dengan guru-guru penasihat homeroom untuk membincangkan prestasi anak-anak mereka sebagi persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR pada akhir tahun 2010.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi, persiapan dewan telah selesai untuk majlis tersebut yang akan di adakan pada esok hari bermula jam 8.30 pagi.



Siap sedia menerima kunjungan


Semuanya tersusun rapi


Ruang pertemuan

Namun begitu, bagi ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru-guru subjek juga dibenarkan selepas perjumpaan dengan guru penasihat homeroom selesai.






Di harap majlis ini dapat mencapai matlamatnya dalam menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan SPM dan PMR 2010.

Sabtu, 16 Januari 2010

Acara Merentas Desa 2010


Tarikh: 16 Jan 2010
Masa  8.00 pagi
Arena : MRSM Pontian - Pt. Maklumi
Pelepas : Timbalan Pengetua (HEK)


Pelajar perempuan sudah dilepaskan



Lelaki pula

alamak, ketinggalan-semua dah dilepaskan
tapi menakjubkan terus jadi Johan

Hadiah sedia menunggu

tak cukup ni

tak menang pun dapat berlagak, kira orait

Kepenatan




kita minum dulu



Shefield ( bawah) Cambradge (tengah), Harvard (atas)

Yale (bawah), Oxford atas


Juara : Yale

Selasa, 12 Januari 2010

satu lagi mercutanda MRSM Pontian

120110 - Hari ini terbina satu mercutanda di perkarangan MRSM Pontian. Berupa pagola menceriakan persekitaran maktab. Semoga pegola ini menyuntik semangat pelajar menyayangi Maktab dan berusaha bersungguh untuk meningkatkan prestasi MRSM Pontian.

Cantikbukan?




Nanti kita letak tumbuhan menjalar di atas tuh

SURAU BERLANTAI BARU

120110 : Alahmdulillah, akhirnya lantai surau MRSM Pontian dapat juga  berwajah baru. Kalu dulu hamparan karpet usang menjadi tatapan pelajar, kini jubin yang cantik telah menjadi kenyataan. Tiada lagi bau hapak semasa sujud tetapi lantai yang sejuk, nyaman dan menceriakan.

Perbelanjaannya menjangkau ke RM30,000.00 adalah hasil sumbangan derma daripada ibu bapa, guru-guru dan staf MRSM Pontian. Hanya Allah juga yang akan memberikan ganjaran kepada mereka yang berjihad di jalan Allah.








Jubin baru lantai Surau MRSM Pontian

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan di lakukan sejurus selepas pelajar tingkatan 5 2009 menamatkan peperiksaan SPM. Pembinaan mengambil masa 2 minggu. Surau ini juga mendapat peruntukan pintu sliding dan dijangka siap sedikit masa lagi. Juga kerja-kerja mengecat dinding bahagian dalam juga akan dilakukan dalam masa terdekat. Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ust. Asrul. Ustaz Asrul merancangan untuk mengadakan mini perpustakaan di surau maktab untuk kemudahan pelajar menambahkan ilmu. Semoga usaha murni ini di berkati Allah swt.

Isnin, 11 Januari 2010

MRSM CEMERLANG

110110 : Hari ini mari kita berkongsi mengenai Keputusan peperiksaan PMR yang telah di umumkan pada 24 Dis 2009. Pada hari tersebut seramai 90 orang pelajar Tingkatan 3 MRSM Pontian yang mengambil peperiksaan PMR pada bulan Oktober 2009 telah berjaya mendapat  Gred A dalam semua subjek yang di ambil. Keputusan tersebut menempatkan MRSM Pontian berada di tangga ke 14 daripada 29 buah MRSM yang mengambil PMR pada tahun 2009. Keptusan ini juga melayakan MRSM Pontian berada dalam kelompok 15 buah MRSM CEMERLANG dalam peperiksaan tersebut. Semoga pada tahun 2010 pelajar tingkatan dapat meningkatkan lagi prestasi kedudukan ini ke tangga yang lebih baik, sekurang-kurang berada dalam ranking top 5


ibu bapa dan pelajar begitu teruja untuk melihat keputusan PMR


Menunggu dengan sabar


Guru homeroom sedang mengagihkan keputusan



tu dia Cikgu Azizul, cikgu Adnan dan ust Kh. Azwan sabar menggaihkan keputusan PMR

Daripada 146 orang pelajar yang mengambil PMR, 114 orang telah mencapai tahap minimum untuk meneruskan pengajian dalam sistem MRSM. Mereka telah mendaftar sebagai pelajar Pra Tingkatan 4 MRSM Pontian pada 5 Januari 2010 dan kini sedang melalui program Kemahiran insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) sehingga 5 Februai 2010.

Ahad, 10 Januari 2010

Selamat Penganti Baru.

100110 - Sepuluh satu sepuluh, tarikh yang cantik menjadi hari yang berbahagia kepada guru Bahasa Inggeris MRSM Pontian iaitu Cuik Norlisa binti Ahmad Subki. Hari ini beliau akan diijabkabulkan dan disandingkan di teratak bahagia En. Ahmad Subki bin Hj Ahmad di Taman Koperasi Bahagia, Batu Pahat, Johor.

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpada

Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga  
 
Semoga perkahwinan Cik Norlisa akan kekal bahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat. Di rahmati dengan keberkatan Allah SWT.

Jumaat, 8 Januari 2010

Pelajar Pra Tingkatan 4 2010

070110 : Seramai 114 orang pelajar Pra Tingkatan 4 telah mendaftar di MRSM Pontian pada 5 Jan 2010. Semua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan 3 pada 2009 yanag telah melepasi syarat minimum 6A 2B (Matematik dan Sains A) dalam peperiksaan PMR 2009. Daripada jumlah tersebut 90 orang pelajar berjaya mendapat gred A dalam dalam semua subjek dalam peperiksaan tersebut.


Pelajar perempuan sedang tekun mendengar taklimat KIKA daripada penyelaras program

Mengapa di panggil pelajar Pra Tingkatan 4? Pelajar tersebut perlu menjalani program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) selama 4 minggu yang bermula pada 4 Januari dan berakhir pada 5 Februari 2010. Selama 4 minggu pelajar di dedahkan dengan soft skill agar dapat menjalami proses pembelajaran yang lebih mantap di Tingkatan 4. Pelajar tersebut akan mendaftar semula di MRSM Pontian pada 17 Februari 2010 iaitu serentak dengan pelajar baru tingkatan 4 daripada sekolah kementerian.


Pn Yusrita selaku penyelaras sedang menyampaikn taklimat di Dewan Besar MRSM Pontian



Pembentukan Kumpulan

Pada 5 Februari 2010, satu majlis penutup akan di rasmikan oleh YDP MUAFAKAT MRSM Pontian. Di dalam majlis tersebut surat tawaran ke Tingkatan 4 akan disampaikan di samping hadiah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan PMR. Selepas majlis penuto semua pelajar akan pulang bercuti untuk membuat persediaan pendaftaran Tingkatan 4 pada 17 Februari 2010. Selamat menjalani program.

Khamis, 7 Januari 2010

Pelancaran Program Gerak Gemilang PMR/SPM

070110 : Mesyuarat AJK Pelancaran Gerak Gemilang PMR/SPM 2010 berlangsung pada pukul 3.00 petang tadi yang dipengerusikan oleh Pengetua MRSM Pontian. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengetua HEA dan HEP. Majlis Pelancaran Gerak Gemilang ini akan di adakan pada:

Tarikh : 1 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Besar MRSM Pontian
Perasmi : YB Dato Shamsul Bari bin Jamari (ADUN Semarang).







Tagline
be the best with the blessing.









Dengan pelancaran program itu nanti dapat menyuntik semangat pelajar Tingkatan 3 dan 5 membeuat persediaan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM 2010.


Rabu, 6 Januari 2010

Majlis Perhimpunan Rasmi



060110: Sesi pengajian MRSM Pontian pada 2010 dimulakan dengan Pogram Re-orentasi pelajar. Antara pengisian program ialah Bengkel Mind Mapping untuk pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5, Kursus Kemahiran Berfikir untuk pelajar Tingkatan 2, Pembinaan Pasukan untuk tingkatan 3 dan 5 serta Taklimat Syarat Graduasi.


Kelainan permulaan sesi pengajian di MRSM Pontian pada tahun 2010 ialah Penyampaian Tazkirah oleh Ust Samadon dan dikuti dengan Bacaan Yassin, Solat Sunat Duha, Solat Sunat Taubat dan Solat Hajat. Justeru kesuntukan masa, Majlis Perhimpunan Rasmi dilakuan pada pukul 9.00 malam Hari Isnin 6 Jan 2010. Majlis Perhimpunan di hadiri oleh Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua, Guru-guru asrama dan Kaunselor Pelajar. Pelajar diingatkan mematuhi peraturan maktab, fokus semasa pembelajaran di kelas, memanfaatkan masa Prep petang dan malam serta aktif dalam kegiatan kokurikulum.




Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor, Lagu Maktab dan Warisan

Pelajar dibenarkan duduk semasa amanat Pengetua dan Timbalan-timbalan Pengetua

Selasa, 5 Januari 2010

Salam Ceria

050110 : Hari Selasa Minggu Pertama Tahun 2010, saya memulakan blog Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Pontian. Blog ini adalah wadah dan sebagai satu saluran media untuk warga MRSM Pontian termasuk ibu bapa pelajar serta bekas-bekas pelajar MRSM Pontian mengetahui perkembangan MRSM Pontian terutamanya dalam bidak akademik. Semoga blog ini dapat merealisasikan perkembangan kecemerlangan MRSM Pontian di persada dunia pendidikan di Malaysia.