Khamis, 23 Disember 2010

PMR 2010: Prestasi Meningkat

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya  penantian yang ditunggu tiba jua akhirnya. Keputusan PMR yang diumumkan tadi membuahkan hasil lumayan kepada kami semua. Pencapaian GPS telah meningkat daripada 1.12 pada tahu 2009 kepada 1.08   tahun 2010. Seramai 90 orang pelajar (65.2%) telah mendapat semua A dalam semua subjek yang di ambil. Pihak maktab  mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus dalam menaikan prestasi sekolah terutamanya subjek sains yang meningkat demgam lompatan saujana daripada 78.1% A kepada 95.7% A dalam PMR 2010. 6 orang sahaja pelajar yang mendapat B. Subjek matematik juga meningkat drpd 97.7% A kepada 99.3% A di mana seorang sahaja pelajar medapat B sementara subjek Kemahiran Hidup semua pelajar mendapat A (100% A). Subjek lain yang meningkat ialah Bahasa Inggeris  (84.% A) dan Sejarah 86.2% A. Berlaku sedikit penurunan dalam subjek Pengetahuan Agama Islam (90% A), Bahasa Melayu (94.4% A) dan Geografi 84.8% A). Adalah di harapkan agar prestasi ini akan dipertingkatkan lagi dalam PMR 2011.

Isnin, 18 Oktober 2010

Dipermudahkan Allah

Salam kepada semua pembaca Galeri Timbalan Pengetua HEA MRSM Pontian.
Hari ini 18 Oktober 2010 selepas Zohor saya akan  bertolak ke Kompleks Haji Kelana Jaya untuk keberangkatan ke Tanah Suci Makkah menunaikan fardu Haji.

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata sama ada disengajakan ataupun tidak semasa interaksi kita di GTPHEAMRSMP. Doakanlah semoga saya dan isteri dipermudahkan Allah untuk melakukan kerja-kerja haji dan umrah terutamanya dalam mengerjakan tawaf, saei, wukuf di Arafah, perjalanan ke Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar Jumrah. Mohon juga agar tahap kesihatan kami berada di dalam keadaan 100% sihat dan bertenaga.

Saya mendoakan tuan/puan saudara/saudari dan anak-anak murid saya terutamanya Tingkatan 5 agar membuat persiapan rapi menghadapai Peperiksaan SPM yang bermula pada 23 Nov hingga 8 Dis 2010.
Akhir kata kepada  semua anak muridku tersayang jangan lupa solat fardu dan menjaga tingkahlaku. Jangan sakiti hati kawan-kawan dan juga jangan sakiti fizikal mereka. Insya Allah, Allah akan membantu anda semua. Amin

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR

Besok akan bermulalah satu perjuangan yang menentukan arah tujuan anak-anak ke tingkat yang seterusnya. Mereka yang melepasi target akan merasai saat-saat Paling Manis Rasanya dalam kehidupan mereka. Semoga impian mereka menjadi kenyataan.

Apa yang disemai itulah yang ditamam.

Apa yang ditanam itulah yang dituai.

Jangan jadi Tanam Padi tumbuhnya Lalang, minta dijauhkan.


Dewan telah tersedia menjadi medan perjuangan calon2 PMR
Semoga mereka dapat menjawab dengan tepat dan betul.
Menjawab soalan yang dikemukakan  dengan betul dan sempurna
Kami para guru, ibu bapa mendoakan kejayaan anda sekalian

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfri


 
Saya mengmbil kesempatan di Hari Mulia ini mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
kepada semua yang terlibat dengan saya selama ini
atas segala ketelanjuran kata, tingkah laku
sama ada yang   disengajakan atau pun tidak disengajakan

Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini membawa seribu sinaran
kepada semua Warga MRSM Pontian.
Semoga Allah memberkati kita semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
dengan ingatan tulus ikhlas
daripada
Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Akademik)
MRSM Pontian

1 Syawal 1431

Khamis, 9 September 2010

Jamuan Berbuka Puasa Perdana Merdeka

Pada 30 Ogos 2010 berlangsunglah majlis Khatam al-Quran di surau MRSM Pontian.

Majlis kali ini dihadiri oleh semua pelajar Islam lelaki dan perempuan, guru-guru, Timbalan-timbalan Pengetua, Pengetua, wargakerja,  YDP dan AJK MUAFAKAT MRSM Pontian.

Majlis bermula tepat pukul 5.30 petang dengan persembahan nasyid putera dan diikuti dengan Majlis Khatam al-Quran oleh 20 orang pelajar putera serta 6 orang warga kerja.


 
Setelah itu majlis diadakan pula majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak Yatim oleh IKRAM Cawangan Johor.

Setelah ucapan YDP MUAFAKAT (PIBG) dan Pengetua, majlis ditutup dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Al Jawad denngan Tajuk Ramadan sebagai Madrasah Iman.
 
Apabila azan magrib berkumandang,  semua hadirin berbuka puasa di Surau dan seterusnya Solat Magrib dan kemudian menikmati juadah di Dewan Selera.
 







Khamis, 19 Ogos 2010

Hari Perbincangan Akademik Semester 2

Hari Perbincangan Akademik dianjurkan untuk mempertemukan kedua ibu bapa dan pelajar dengan guru-guru subjek yang terlibat. Program ini telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2010. Kali ini sasaran maktab ialah peribincangan perbincangan antara pelajar yang berpontensi bersama ibu bapa dengan guru subjek yang mengajar anak mereka. Seranai 128 orang pelajar terlibat dalam pertemuan ini yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Diharapkan pertemuan ini dapat membantu sedikit banyak prestasi pelajar-pelajar tersebut.








Rabu, 18 Ogos 2010

Peramian Kafe Siber

  Kafe Siber Koperasi MRSM Pontian Berhad telah dirasmikan oleh Pengetua MRSM Pontian pada 6 Ogos 2010. Tahniah kepada semua ALK Koperasi MRSM Pontian Berhad atas satu lagi produknya untuk anggota koperasi tersebut. Diharap semua anggota KMRSMPB dapat memanfaatkan kemudahan ini dalam meningkatkan ilmu dalam dunia IT.





Sabtu, 14 Ogos 2010

Anugerah Pengetua Sem 1 2010

Akhirnya penghargaan kepada semua pelajar yang mendapat Anugerah Pengetua Semester 1 selamat disampaikan kepada pelajar yang mendapat PNG (Purata Nilai Gred/GPA) melebihi 3.50. Seramai 168 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 berjaya melepasi PNG 3.50. Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua MRSM Pontian semasa Majlis Penutupan Rasmi Minggu Aktiviti Semester 2 pada Jumaat 6 Ogos 2010. Selain daripada Sijil Anugerah Pengetua,  pelajar tersebut menerima vocher KFC/PizzaHut bernilai RM10.00 yang mempunyai had tempoh selama 2 tahun dan boleh digunakan disemua cawangan KFC dan Pizzahuts, sebatang ballpoint bercetak Augerah Pengetua Semester 1 MRSM Pontian 2010. Semoga dengan insentif ini menggalakkan lagi semua pelajar MRSM Pontian belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai PNG melebihi 3.50.


sijil anugerah
vocher dan pen
kami dah dapat, anda bila lagi?

apa yang ditunggu lagi?
Fokus semasa guru mengajar dan gunakan masa prep malam untuk studi senyap.
Insya Allah anda akan dapat juga seperti mana yang kami dapat ini.


Jumaat, 13 Ogos 2010

Mock Interview

Pada Minggu Aktiviti Semester 2 baru-baru ini, semua pelajar tingkatan telah melalui satu latihan temuduga. Ia dikendalikan oleh unit kaunseling MRSM Pontian dengan para panel temuduga terdiri daripada guru-guru MRSM Pontian. Diharap semua pelajar dapat menimba pengalaman untuk  menghadapi temuduga sebenranya pada masa akan datang.


sedang berdebar menunggu giliran
buat-buat gumbira tu



Sabtu, 31 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru

31 Julai 2010
Dengan sekali lafaz, maka sah lah sudah Guru Bahasa Melayu MRSM Pontian bergelar seorang isteri. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Erlyna binti Musa. Beliau telah selamat dinikahkan   di Surau MRSM Pontian oleh jurunikah kahwin Kg. Pt. Keroma, Ayer Baloi. Acara pernikahan diadakan pada sebelah pagi dan seterusnya Majlis Persandingan di sempurnakan di Dewan Besar MRSM Pontian

Alhamdulillah.
Semoga Cikgu Erlyna selamat melayari bahtera perkahwinan, aman bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin


Majlis Pernikahan
hantaran perkahwinan
penari maktab meraikan mempelai di Foyer Dewan
Majlis Persandingan

Khamis, 29 Julai 2010

Ujian Selaras ke-3

Alhamdulillah, semua pelajar MRSM Pontian selamat menjalani ujian selaras ke-3 pada sesi pengajian 2010. Ujian selaras selaras berlangusng daripada  26  hingga 28 Julai 2010. Namun begitu bagi pelajar tingkatan 5 ujian akan berakhir pada30 Julai 2010.Ujian selaras kali ini adalah yang pertama di semester ke-2 bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 sementara pelajar Tingkatan 3 dan 5 menduduki Peperiksaan Pra Percubaan PMR dan SPM. Semoga mereka dapat menjawab dengan betul iaitu menjawab apa yang di tanya oleh soalan peperiksaan.

Pra Trial PMR di Dewan Besar



Pra Trial SPM di bilik-bilik kelas

Khamis, 24 Jun 2010

Sejenak Bersama Angkasawan Negara Pertama

240610
Bertempat di Dewan Jubli Intan Pontian, satu majlis telah diadakan untuk pelajar Tingkatan 4 dan Darjah 6 Seluruh Daerah Pontian bersama Angkasawan Negara yang pertama iaitu
Datuk Dr. Sh. Muszafar Syukur bin Sh. Mustafa. (DR. SMS)

Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 4 MRSM Pontian telah dijemput untuk menyerikan majlis tersebut. Pihak maktab telah memilih 40 orang pelajar terbaik berdasarkan Peperiksaaan Semester 1 2009. Kebetulan kesemua pelajar tersebut mendapat markah PNG 3.55 ke atas.

Di majlis tersebut pelajar telah diperdengarkan   pengalaman Dr. SMS ketika mula proses pemilihan seheinggalah terpilih menjadi calon Angksawan dan juga pemgalamanya selama 12 hari di ISS.

selepas itu sesi soal jawab antara pelajar dengan Dr. SMS.


Semoga pertemuan ini akan dapat menyuntik semangat pelajar untuk cemerlang dalam Sains dan teknologi. Terus belajar dan belajar. Menyangi guru, berdampingan dengan guru menjadi warga yang berguna kepada bansa dan negara.


Pelajar MRSM Pontian bergambar dengan Dr SMS


Selasa, 18 Mei 2010

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat MRSM Pontian telah diraikan pada 17 Mei 2010. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dengan perarakan guru ke Dewan Besar dengan iringan paluan kompang. Majlis diserikan dengan ucapan Presiden Badan Wakil pelajar, Ucapan Wakil Guru (Tn. Hj. Atan bin Md. Lazi) dan Ucapan Pengetua MRSM Pontian.


Cenderahati Pelajar kepada guru Homeroom tersayanh
Pn. Haliza




Pelajar Putera meraikan kemasukn guru ke dalam dewan

Kek 3 tingkat untuk santapan para guru
Bekas pelajar (SPM 2009) menyerahkan kek hari guru kepada Pn Rohaya untuk santapan guru-guru sebagai tanda ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah berkorban untuk kejayaan mereka.

Selamat hari guru
Guru Pembina Negara Bangsa

Isnin, 17 Mei 2010

Pengetua Perihatin

Pengetua sedang melayan pelajar memahami subjek fizik
maklumlah besok bermulanya ujian semester 1 dan subjek fizik menjadi subjek pertama yang di uji
semoga mereka dapat memanaatkan ilmu yang diperolehi daripada pengetua.
Semoga berjaya

Isnin, 19 April 2010

Sijil Anugerah Pengetua

190410 : Hari ini semasa perhimpunan rasmi mingguan telah di adakan Majlis Penganugerahan Sijil Anugerah Pengetua. Sijil ini diberikan kepada pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred (PNG) 3.50 dan ke atas di dalam Peperiksaan Semester 2 2009. Maksudnya ketika itu pelajar berada di Tingkatan 1, 2 dan 4. Kini mereka berada di Ting. 2, 3 dan 5.

Di dalam majlis ini seramai 44 orang pelajar ting 1 (kini Ting. 2),  46 orang pelajar Ting. 2 (kini di Ting. 3) dan 10 orang pelajar Ting. 4 (kini5) telah menerima Sijil Anugerah Pengetua daripada Pengetua MRSM Pontian.



 Majlis ini dihadiri oleh semua Timbalan pengetua, Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru, barisan kepimpinan pelajar dan semua pelajar MRSM Pontian.

Selain daripada Sijil,  pelajar tersebut  menerima  hadiah iringan berupa Kentucky fried Chicken (snack plate) sebagai insentif untuk mereka belajar bersungguh-sungguh  memperbaiki atau mempertahankan prestasi pencapaian akademik di Peperiksaan  semester 1 2010.



Kali ini majlis di adakan di Dewan Besar agar dapat memberi dorongan dan motivasi  kepada pelajar-pelajar yang lain agar mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik mereka.


Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat Anugerah Pengetua 2009