Selasa, 4 Januari 2011

Hari Perbincangan Akademik

Mesyuarat Hari Perbincangan Akademik telah selesai dijalankan pada petang 4/01/2011 yang telah dipengerusikan oleh Pengetua MRSM Pontian. Antara keputusan yang telah di capai adalah seperti berikut:

Tarikh Perbincangan : 22 Jan 2011
Tempat : Dewan Besar MRSM Pontian
Masa : 08.30 - 1.00 petang
Sasaran: Semua Pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mendapat Gred C+, C, D dan F    dalam peperiksaaan Semester 2 2010.

Seramai 122 pelajar Tingkatan 4 dan 79 orang pelajar Tingkatan 3 telah dikenal pasti terlibat dalam perbincangan akademik kali ini. Mereka ini mendapat Gred C+ ke bawah dalam subjek-subjek peperiksaaan. Surat panggilan kepada ibu bapa yang terlibat akan di edarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin 10 Jan 2011. Diharap ibu bapa yang terlibat dalam program ini dapat meluangkan masa datang ke MRSM Pontian untuk berjumpa dengan guru-guru subjek membincangkan untuk peingkatan prestasi anak-anak mereka.

Maktab telah menetapkan sasaran   SPM dan PMR dengan pencapaian GPS = 1.00



PMR : Ujian Bertulis ; 4-6 Oktober 2011 & 11 - 12 Oktober 2011 (5 hari)

SPM :  Ujian Bertulis ; 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)

Tiada ulasan: