Jumaat, 19 Februari 2010

5 doa yang di tolak

190210 : lama juga saya tidak mengemaskini Galeri TPHEA justeru kesuntukan masa. Di pagi Jumaat penghulu segala hari saya ingin berpesan kepada diri saya dan anak-anak MRSM Pontian kepada kepentingan berdoa kepada Allah SWT. Alah SWT amat suka kepada hamba-hambaNya yang meminta, merintih kepadaNya untuk meminta belas ihsan daripadaNya. Namun begitu, perlu diingat doa-doa itu tidak akan diterima kerana ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:

# Dosa kerana mengingkari pemimpin.Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
Sebagai seorang pelajar kita wajib memathui arahan Pemimpin-pemimpin pelajar atau ketua-ketua kelas selagi mereka tidak fasiq atau berbuat mungkar atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
# Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
Justru janganlah anak-anak pelajar mengumpat guru, tidak mematuhi suruhan guru seperti membuat kerja-kerja sekolah, fokus kepada proses pembelajaran dan Pengejaran (P&P) di kelas. Anggaplah guru-guru subjek kita terutamanya guru homeroom itu sebagai pengganti ibu atau ayah anak-anak di Maktab ini. jangan melanggar peraturan maktab dan sebagainya.

# Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

# Dosa kerana derhaka kepada suami.
Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.”
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

# Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.
Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.
Di sini saya ingin menyarankan kepada anak-anak jangan membuli pelajar lain terutamanya adik-adik kita yang berada di Tingkatan yang lebih bawah daripada kita. Sayangi mereka anggaplah mereka seperti adik-adik kita sendiri. Tunjuk ajarlah mereka dengan penuh kasih sayang.Teguran dibuat dengan berhemah dan berniat untuk membimbing mereka

Isnin, 8 Februari 2010

Majlis Penutupan Program KIKA

070210 : Majlis Penutupan Program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) telah disempurnakan oleh Pengetua MRSM Pontian pada hari Jumaat bersamaan 5 Februari 2010 (21 Safar 1431H). Seramai 114  orang pelajar Pra Tingkatan 4 telah berjaya menamatkan program tersebut yang bermula pada 6 Januari 2010. Pelajar begitu fokus dalam menguasai kemahiran Insaniah Dan Kemahiran Akademik:

Backdrop

Kemahiran Insaniah meliputi kemahiran-kemiran seperti :

  • Pembentukan Kumpulan

  • Berunding,

  • Komunikasi,

  • Pemikiran Kreatif dan Pemikiran Kritis

  • Pemikiran Meluas,

  • Kepimpinan  dan

  • Pengucapan Awam.


Juruacara

Kemahiran Akademik pula meliputi penguasaan kemahiran seperti :
  • Membaca dan membuat nota
  • Memupuk Tabiat Belajar
  • Mencari Maklumat
  • Teknik Mengingat
  • Pengurusan Masa
  • Mengulangkaji Pelajaran dan
  • Menghadapi Peperiksaan

Amat membanggakan sepanjang program tersebut semua pelajar dapat mengikut program dengan penuh dedikasi dan tiada kes perlanggaran disiplin ditemui semasa program berjalan. Tahniah, anda pelajar yang hebat.

Ucapan Pengetua
Antara pengisian aktiviti majlis penutupan yang disempurnakan oleh Tuan Pengetaa ialah ucapan wakil pelajar, ucapan Timbalan pengetua HEA, ucapan Pengetua, penyampaian hadiah, persembahan drama muzikal dan nyanyian ramai oleh 27 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke MRSM  Program Khas Pendidikan (PKP). Ternyata persembahan lagu Pergi (Aizat) dan salam Terakhir (Sudirma) oleh pelajar tersebut  begitu menyentuh emosi pelajar dan guru-guru.

Pelajar Putera

Pelajar Puteri
Guru Lelaki
Guru Wanita
Pelajar Puteri Lagi
Terima Kasih Chegu
Sedap Kek ni
Drama " Cinditakrela"
Pria mengusha
Tapi tidak dilayan
Kasut dilempar
Pa mencari merata tempat
ya Ampun...........
Kasut sesuai kepada emak si gadis
Sigadis mengggit jari

Barisan Pelakon
Juara Persembahan Drama
Nyanyian Ramai - Pelajar ke MRSMPKP (Puteri)
Barisan Putera ke PKP
Beremosi - tisu di edarkan
Sedih ni nak tinggalkan MRSM Pontian
Kalau tidak pergi, boleh tak?
Hati guru menjadi sayu

Selamat Berjuang ke Menengah Atas
17 Feb 2010 anda akan naik Tingkatan 4
Belajar bersungguh-sungguh
Form 4 is Not Honeymoon Class
A preparation Class for SPM 2011

Ahad, 7 Februari 2010

Pelancaran PGG 2010

070210 : Pelancaran Program Gerak Gemilang 2010 telah selamat disempurnakan oleh YB Datuk Samsolbari bin Jamali KMN.PIS. DMSM. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor kawasan Semarang pada 1 Februari 2010 (16 Safer 1431H) di Dewan Besar MRSM Pontian.

Majlis ini bertujuan menyemarakan semangat pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 sebagai Calon peperiksaan PMR & SPM yang menghadapi peperiksaan tersebut pada akhir tahun 2010.

Barisan VIP menuju Dewan Besar

VIP memasuki dewan
Nyanyian Lagu NEGARAKU, BANGSA Johor dan lagu Maktab

Barisan Guru
Barisan guru

Pelajar Puteri
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al - Quran

Ucapan YDM MUAFAKAT
Pelajar putera khusuk mendengar ucapan
Ucapan YB datuk
Penyempurnaan Amanat
Lencana PGG disemeatkan kepada YB oleh Pengetua


lencana Penyuntik Semangat juang ke PMR/SPM2010
Sentiasa di pakai

Pasukan Kompang - penyeri majlis
Bacaan Ikrar
Bacaan Ikrar
VIP turun pentas

Persembahan Coral Speaking

Tanda Penghargaan Terima Kasih

Semoga di berkati dan diperkenan Allah swt jua

Isnin, 1 Februari 2010

Peta Minda

010210:  Pada sesi akademik  semester 1 2010, semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 telah didedahkan dengan pembinaan nota menggunakan teknik peta minda. Alhamdulillah, pelajar telah menggunakan teknik tersebut semasa pembelajaran di dalam kelas. Lebih membanggakan apabila pelajar mula mencatat ucapan pengetua, timbalan-timbalan pengetua semasa perhimpunan rasmi. Teruskan anak-anak MRSM Pontian, anda adalah pelajar yang hebat. Teruskan lagi kemahiran ini pada setiap kali perhimpunan dan juga semasa mendengar khutbah Jumaat, majlis-majlis ilmu di surau dan juga semasa perhimpunan pagi (morning call)


Catatan pelajar dalam bentuk Peta Minda semasa Perhimpunan Rasmi
(Click pada gambar untuk lebih jelas)