Jumaat, 19 Mac 2010

Pelajar Cemerlang MRSM Pontian

190310 : Alhamdulillah, daripada 148 calon yang mendaftar, seramai 24 orang calon atau 16% telah mendapat keputusan semua A (A+, A dan A-) dalam peperiksaan tersebut. Bilangan ini  meningkat berbanding SPM 2008 di mana hanya  19 orang pelajar sahaja atau 12% yang mendapat semua A dalam SPM 2008. Tahniah kepada  mereka seperti senarai di bawah.  Anda adalah pelajar yang hebat.

sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Kepada semua calon SPM 2010 yang kini berada di Tingkatan 5 dapat membuat persediaan yang bersistematik agar dapat mempertingkatkan lagi prestasi pencapaian ini. Adalah tidak mustahil semua pelajar akan mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kerana anda mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya dengan syarat menumpukan perhatian semasa pembelajaran di kelas, membuat semua tugasan yang diamanhakan dan membuat ulangkaji secara berterusan. Persediaan di saat akhir akan menjerat diri anda sendiri. Berusahalah agar impian menjadi kenyataan mendapatkan semua A dalam semua subjek yang di ambil dalam peperiksaan SPM 2010.


Berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian


kalau tidak dipecahkan ruyong
manakan dapat sagunya.

100% Straight A
SPM 2010

Tiada ulasan: