Jumaat, 12 Mac 2010

MRSM PONTIAN CEMERLANG

120310: Mulai tahun 2009 keputusan peperiksaan SPM berubah format. Lembaga Peperiksaaan Malysia telah menetapkan NKRA seperti berikut :

GPS --------NKRA
0.00 - 2.25 Cemerlang
2.26 - 4.50 Baik
4.51 - 6.75 Memuaskan
6.76 - 9.00 Berpotensi

Berdasarkan kepada NKRA di atas, MRSM Pontian dikategorikan sebagai sekolah cemerlang kerana telah mencapai GPS (gred purata sekolah ) 1.98

Seramai 148 orang calon SPM 2009 layak menerima sijil SPM dengan 7 orang calon mendapat 10A (A+, A, A-), 18 orang mendapat 9A, 13 orang mendapat 8A , 16 orang mendapat 7A dan 30 orang mendapat 6A.

Subjek Seni visual mendahului subjek lain dengan 100% calon mendapat A+ atau GPS 0.00, dikiuti dengan subjek Bahasa Melayu 0.39, Prinsip Akuan 0.4, Matematik 0.6, Agama Islam 0.7 dan Sejarah 0.92. Subjek lain : Pendidikan Moral 1.12, Bahasa Inggeris 1.58, Fizik 2.9, Biologi 3.38, Matematik Tambahan 3.5 dan Kimia 3.9


NUR JALILAH AFIFAH BINTI BASRI dan PHANG XIN YING muncul pelajar terbaik dengan memperolehi 9 A+ dan 1A dengan Gred Purata Pelajar (GPP) 0.10

Semoga keputusan ini dapat meningkatkan lagi semanagat calon-calon SPM MRSM Pontian yang akan mengambil peperiksaan SPM di akhir tahun 2010.

1 ulasan:

alin berkata...

salam cikgu.....

Alhamdulillah....
mungkin berkat usaha ust nisak adakan bacaan yassin pagi2 buta...
semoga kejayaan yang diberkati dan dirahmati

p/s:tahniah jalilah....
hehe tumpang gembira ahli homeroom tuh...
us wan bangga x...???hahaha

ermm...sy tergolong dlm kumpulan 16