Selasa, 12 Januari 2010

SURAU BERLANTAI BARU

120110 : Alahmdulillah, akhirnya lantai surau MRSM Pontian dapat juga  berwajah baru. Kalu dulu hamparan karpet usang menjadi tatapan pelajar, kini jubin yang cantik telah menjadi kenyataan. Tiada lagi bau hapak semasa sujud tetapi lantai yang sejuk, nyaman dan menceriakan.

Perbelanjaannya menjangkau ke RM30,000.00 adalah hasil sumbangan derma daripada ibu bapa, guru-guru dan staf MRSM Pontian. Hanya Allah juga yang akan memberikan ganjaran kepada mereka yang berjihad di jalan Allah.








Jubin baru lantai Surau MRSM Pontian

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan di lakukan sejurus selepas pelajar tingkatan 5 2009 menamatkan peperiksaan SPM. Pembinaan mengambil masa 2 minggu. Surau ini juga mendapat peruntukan pintu sliding dan dijangka siap sedikit masa lagi. Juga kerja-kerja mengecat dinding bahagian dalam juga akan dilakukan dalam masa terdekat. Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ust. Asrul. Ustaz Asrul merancangan untuk mengadakan mini perpustakaan di surau maktab untuk kemudahan pelajar menambahkan ilmu. Semoga usaha murni ini di berkati Allah swt.

4 ulasan:

alin berkata...

assalamualaikum cikgu....
wahhhhh...!!!
lawanya...

jgn tertidur mse sujud solat subuh sudah lah...nanti imamnya x bgn2...hahhahah

p/s: ble start buatnya cikgu..kata masa tu time kitaorg tgh ambil spm...???
baru siap ke...???
x dapat saya merasa...hehe

TPKo_Q berkata...

Salam Alin,

Memang lawa. Lagi lama sujud lagi bagus, kita akan dapat merasai pergerakan darah kita mengalir ke seluruh tubuh kita dan mensyukuri nikmat Allah kepada hambaNya.

Nanti bila ambil rizul datang ler bersolat duha dahulu kat surau, kalau tengh hari solat zohor atau asr.

alin berkata...

salam....

hah..insyaAllah...

p/s: ckp psl result..tiba2 saya jd kecut plak...meremang bulu roma saya....

doakan kami...

TPKo_Q berkata...

Salam Alin,

heheh, apa yang alin tanam itulah yang alin dapat. jangan tanam padi berbuah lalang udah ler.

jangan kecut, selalu solat tahaju minta Allah lembutkan hati pemeriksa tu.