Rabu, 6 Januari 2010

Majlis Perhimpunan Rasmi



060110: Sesi pengajian MRSM Pontian pada 2010 dimulakan dengan Pogram Re-orentasi pelajar. Antara pengisian program ialah Bengkel Mind Mapping untuk pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5, Kursus Kemahiran Berfikir untuk pelajar Tingkatan 2, Pembinaan Pasukan untuk tingkatan 3 dan 5 serta Taklimat Syarat Graduasi.


Kelainan permulaan sesi pengajian di MRSM Pontian pada tahun 2010 ialah Penyampaian Tazkirah oleh Ust Samadon dan dikuti dengan Bacaan Yassin, Solat Sunat Duha, Solat Sunat Taubat dan Solat Hajat. Justeru kesuntukan masa, Majlis Perhimpunan Rasmi dilakuan pada pukul 9.00 malam Hari Isnin 6 Jan 2010. Majlis Perhimpunan di hadiri oleh Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua, Guru-guru asrama dan Kaunselor Pelajar. Pelajar diingatkan mematuhi peraturan maktab, fokus semasa pembelajaran di kelas, memanfaatkan masa Prep petang dan malam serta aktif dalam kegiatan kokurikulum.




Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor, Lagu Maktab dan Warisan

Pelajar dibenarkan duduk semasa amanat Pengetua dan Timbalan-timbalan Pengetua

2 ulasan:

alin berkata...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU...
memang ada kelainan tahun ini
terkejut saya tengok gambar perhimpunan pakai baju prep....hihi
doakan kejayaan kami

student spm 2009

TPKo_Q berkata...

Salam Alin,

janganlah terkejut. Biasa-biasa jer itu. Terima kasih menjadi the 1st followers di galeri TPHEA MRSM Pontian. Uar-uarkan lah keda kawan-kawan yang lain.