Isnin, 18 Oktober 2010

Dipermudahkan Allah

Salam kepada semua pembaca Galeri Timbalan Pengetua HEA MRSM Pontian.
Hari ini 18 Oktober 2010 selepas Zohor saya akan  bertolak ke Kompleks Haji Kelana Jaya untuk keberangkatan ke Tanah Suci Makkah menunaikan fardu Haji.

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata sama ada disengajakan ataupun tidak semasa interaksi kita di GTPHEAMRSMP. Doakanlah semoga saya dan isteri dipermudahkan Allah untuk melakukan kerja-kerja haji dan umrah terutamanya dalam mengerjakan tawaf, saei, wukuf di Arafah, perjalanan ke Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar Jumrah. Mohon juga agar tahap kesihatan kami berada di dalam keadaan 100% sihat dan bertenaga.

Saya mendoakan tuan/puan saudara/saudari dan anak-anak murid saya terutamanya Tingkatan 5 agar membuat persiapan rapi menghadapai Peperiksaan SPM yang bermula pada 23 Nov hingga 8 Dis 2010.
Akhir kata kepada  semua anak muridku tersayang jangan lupa solat fardu dan menjaga tingkahlaku. Jangan sakiti hati kawan-kawan dan juga jangan sakiti fizikal mereka. Insya Allah, Allah akan membantu anda semua. Amin

Tiada ulasan: