Jumaat, 19 Februari 2010

5 doa yang di tolak

190210 : lama juga saya tidak mengemaskini Galeri TPHEA justeru kesuntukan masa. Di pagi Jumaat penghulu segala hari saya ingin berpesan kepada diri saya dan anak-anak MRSM Pontian kepada kepentingan berdoa kepada Allah SWT. Alah SWT amat suka kepada hamba-hambaNya yang meminta, merintih kepadaNya untuk meminta belas ihsan daripadaNya. Namun begitu, perlu diingat doa-doa itu tidak akan diterima kerana ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:

# Dosa kerana mengingkari pemimpin.Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
Sebagai seorang pelajar kita wajib memathui arahan Pemimpin-pemimpin pelajar atau ketua-ketua kelas selagi mereka tidak fasiq atau berbuat mungkar atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
# Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
Justru janganlah anak-anak pelajar mengumpat guru, tidak mematuhi suruhan guru seperti membuat kerja-kerja sekolah, fokus kepada proses pembelajaran dan Pengejaran (P&P) di kelas. Anggaplah guru-guru subjek kita terutamanya guru homeroom itu sebagai pengganti ibu atau ayah anak-anak di Maktab ini. jangan melanggar peraturan maktab dan sebagainya.

# Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

# Dosa kerana derhaka kepada suami.
Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.”
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

# Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.
Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.
Di sini saya ingin menyarankan kepada anak-anak jangan membuli pelajar lain terutamanya adik-adik kita yang berada di Tingkatan yang lebih bawah daripada kita. Sayangi mereka anggaplah mereka seperti adik-adik kita sendiri. Tunjuk ajarlah mereka dengan penuh kasih sayang.Teguran dibuat dengan berhemah dan berniat untuk membimbing mereka

Tiada ulasan: