010210: Pada sesi akademik semester 1 2010, semua pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 telah didedahkan dengan pembinaan nota menggunakan teknik peta minda. Alhamdulillah, pelajar telah menggunakan teknik tersebut semasa pembelajaran di dalam kelas. Lebih membanggakan apabila pelajar mula mencatat ucapan pengetua, timbalan-timbalan pengetua semasa perhimpunan rasmi. Teruskan anak-anak MRSM Pontian, anda adalah pelajar yang hebat. Teruskan lagi kemahiran ini pada setiap kali perhimpunan dan juga semasa mendengar khutbah Jumaat, majlis-majlis ilmu di surau dan juga semasa perhimpunan pagi (morning call)
Catatan pelajar dalam bentuk Peta Minda semasa Perhimpunan Rasmi
(Click pada gambar untuk lebih jelas)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan