Mengapa di panggil pelajar Pra Tingkatan 4? Pelajar tersebut perlu menjalani program Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) selama 4 minggu yang bermula pada 4 Januari dan berakhir pada 5 Februari 2010. Selama 4 minggu pelajar di dedahkan dengan soft skill agar dapat menjalami proses pembelajaran yang lebih mantap di Tingkatan 4. Pelajar tersebut akan mendaftar semula di MRSM Pontian pada 17 Februari 2010 iaitu serentak dengan pelajar baru tingkatan 4 daripada sekolah kementerian.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pada 5 Februari 2010, satu majlis penutup akan di rasmikan oleh YDP MUAFAKAT MRSM Pontian. Di dalam majlis tersebut surat tawaran ke Tingkatan 4 akan disampaikan di samping hadiah kepada pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan PMR. Selepas majlis penuto semua pelajar akan pulang bercuti untuk membuat persediaan pendaftaran Tingkatan 4 pada 17 Februari 2010. Selamat menjalani program.
9 ulasan:
salam...
tahniah kepada pelajar f3 2009
MIGHTY dah tak de ke??
p/s: lawa dewan cikgu...!!! hehe
Salam Alin,
MIGTY tu program lepas PMR, bila naik ting 4, di panggil Program KIKA. Masa awak dulu tak buat ke program KIKA ini?
salam...
kalau tak silap saya kami 'digelar' tingkatan 3 lanjutan bkn pra tingkatan 4...
dan kitaorang still panggil program MIGTY...bkn KIKA...
Salam Alin,
betul tu.
La ni dh di panggil KIKA, kemahiran insaniah dan kemahuran akademik.
Salam alin,
dewan tu baru di varnish. Cantikkan? sekarang ni boleh tidor sebab cantik, heheh
ASSALAMUALAIKUM CIKGU...
nanti cikgu jangan pulak beri arahan
"pelajar2 dibenarkan baring" masa perhimpunan...hehe (gurau jer cikgu)
Salam ALin,
nak baring masa asembli? No problem, tunggu saja ust jawad kat sana. Nanti dia bawakan bantal, baru ler selesa utk baring-baring.
salam.. bile agaknye nak dapat rayuan ye?? sy rindu semua kwan2 sy,.. agak2nye kan sempat tak sy jumpe program nie? huhuhu
Catat Ulasan