110110 : Hari ini mari kita berkongsi mengenai Keputusan peperiksaan PMR yang telah di umumkan pada 24 Dis 2009. Pada hari tersebut seramai 90 orang pelajar Tingkatan 3 MRSM Pontian yang mengambil peperiksaan PMR pada bulan Oktober 2009 telah berjaya mendapat Gred A dalam semua subjek yang di ambil. Keputusan tersebut menempatkan MRSM Pontian berada di tangga ke 14 daripada 29 buah MRSM yang mengambil PMR pada tahun 2009. Keptusan ini juga melayakan MRSM Pontian berada dalam kelompok 15 buah
MRSM CEMERLANG dalam peperiksaan tersebut. Semoga pada tahun 2010 pelajar tingkatan dapat meningkatkan lagi prestasi kedudukan ini ke tangga yang lebih baik, sekurang-kurang berada dalam
ranking top 5.
ibu bapa dan pelajar begitu teruja untuk melihat keputusan PMR
Menunggu dengan sabar
Guru homeroom sedang mengagihkan keputusan
tu dia Cikgu Azizul, cikgu Adnan dan ust Kh. Azwan sabar menggaihkan keputusan PMR
Daripada 146 orang pelajar yang mengambil PMR, 114 orang telah mencapai tahap minimum untuk meneruskan pengajian dalam sistem MRSM. Mereka telah mendaftar sebagai pelajar Pra Tingkatan 4 MRSM Pontian pada 5 Januari 2010 dan kini sedang melalui program Kemahiran insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKA) sehingga 5 Februai 2010.
8 ulasan:
wah!! saat nie lah yg mmbuatkan sy sgt sedih cikgu... keoputusan sy dpt 1b iaitu sains!
disebabkan itu sy jdlah budak rayuan..bile lah agaknye sy nak dpt surat tersebut?
agaknye kan.. sempat ke sy jumpe program kika nie?
Salam Nazrinjohan,
yer ker. berapa A? kalau satu je B, Insya Allah rayuan itu berjaya. Tak apa jadikan dia sempadan, kalau berjaya ke tingkatan 4, belajar sunguh2,
program KIKA tu x sempat la sebab akan habis pada 5 feb. Rayuan di ketahui akhir Jan dan kalau berjaya akan mendaftar pada 17 Feb
salam..
owh yeke? maknenye mmg tak sempat utk join program nie la ye???
ruginye.. saye dpt 7a 1b.. sains b.. ingatkan sempat join kika.. sbb tgk kwn2 semua happy jek.. huhuhu
lupe plak sy nak tnye.. agak2 saya akn diletakkan di mrsm yg sama ataupun sebaliknye??
Salam,
Sayang nya. Berdoalah semoga rayuan nazrin diterima. Jangan kira maktab mana, yang penting nazrin diterima semula ke dalam sistem MRSM. Sekiranya berjaya, kena belajar lebih tekun
salam.
mmg betul cikgu.. tapi sy syg sgt kat mrsm pontian.. huhuhu sekiranye dpt mrsm lain pon sy terima ngan redha.. tp kalo bole cikgu doakan lah untuk sy ke mrsm pontian semula.. hehehehe
Nostalgia sungguh.... Baru baca pd 27 April 2017 jam 10.58 mlm.
Catat Ulasan