Isnin, 18 Oktober 2010

Dipermudahkan Allah

Salam kepada semua pembaca Galeri Timbalan Pengetua HEA MRSM Pontian.
Hari ini 18 Oktober 2010 selepas Zohor saya akan  bertolak ke Kompleks Haji Kelana Jaya untuk keberangkatan ke Tanah Suci Makkah menunaikan fardu Haji.

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata sama ada disengajakan ataupun tidak semasa interaksi kita di GTPHEAMRSMP. Doakanlah semoga saya dan isteri dipermudahkan Allah untuk melakukan kerja-kerja haji dan umrah terutamanya dalam mengerjakan tawaf, saei, wukuf di Arafah, perjalanan ke Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar Jumrah. Mohon juga agar tahap kesihatan kami berada di dalam keadaan 100% sihat dan bertenaga.

Saya mendoakan tuan/puan saudara/saudari dan anak-anak murid saya terutamanya Tingkatan 5 agar membuat persiapan rapi menghadapai Peperiksaan SPM yang bermula pada 23 Nov hingga 8 Dis 2010.
Akhir kata kepada  semua anak muridku tersayang jangan lupa solat fardu dan menjaga tingkahlaku. Jangan sakiti hati kawan-kawan dan juga jangan sakiti fizikal mereka. Insya Allah, Allah akan membantu anda semua. Amin

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR

Besok akan bermulalah satu perjuangan yang menentukan arah tujuan anak-anak ke tingkat yang seterusnya. Mereka yang melepasi target akan merasai saat-saat Paling Manis Rasanya dalam kehidupan mereka. Semoga impian mereka menjadi kenyataan.

Apa yang disemai itulah yang ditamam.

Apa yang ditanam itulah yang dituai.

Jangan jadi Tanam Padi tumbuhnya Lalang, minta dijauhkan.


Dewan telah tersedia menjadi medan perjuangan calon2 PMR
Semoga mereka dapat menjawab dengan tepat dan betul.
Menjawab soalan yang dikemukakan  dengan betul dan sempurna
Kami para guru, ibu bapa mendoakan kejayaan anda sekalian